Wednesday, November 10, 2010

Update: Pelajarilah Ilmu

Salam,
sepanjang 3minggu sebelum, kehidupan ana disibukkan dengan beberapa perkara. Moga-moga ALLAH menerima semua amalan yang lepas-lepas.

2,3 hari lepas, semasa sedang mencari kitab secara online iaitu kitab nahu قطر الندي , ana terjumpa satu link yang amat bermanfaat. Link rakaman syeikh Rushdi Qalam, syarah Qatrun Nada dan Kaifiyatul Akhyar (kitab fiqh mazhab syafii yang dikarang oleh imam Taqiyuddin)..

Dan kebetulan pada sebelah malamnya, Kuliah di surau di sampaikan oleh Ustaz Nazmi Abdul Karim, beliau menyampaikan kuliah maghrib di surau al furqan dan Kuliah Isya' di surau Shah Alam 2 Attaufiqiyyah.. kesempatan itu, ana ambil untuk bertanyakan tentang al fadhil Syeikh Rushdi Qalam. Kebetulannya Syeikh Rushdi Qalam ini guru ustaz Nazmi di Syria dan guru beliau ini sangat baik orangnya, suka menolong pelajar yang dalam kesusahan.

Bahasa arab yang digunakan oleh syeikh Rushdi Qalam dalam rakaman audio itu sangat jelas dan mudah difahami bagi orang seperti ana yang baru merangkak-rangkak memahami lingo arab. Kebetulan pula, Kitab kaifiyatul akhyar ini, ada pada simpanan ana, untuk tujuan bahan bacaan, oleh kerana kadang-kadang kesibukan masa serta alasan yang sengaja dicipta, ana tidak dapat menghabiskan untuk mengkhatam kitab fiqh ini.

dan semalam juga, ana telah terjumpa akan satu link bacaan tafsir al-aysar oleh syeikh ABu Bakar jabbar al jazairi yang sekarang ini masih mendengarkan kuliah tafsirnya di masjid An-Nabawi di Madinah. Hadrat syeikh ini, ana bertanyakan kepada ustaz Shamsul Hakim yang pernah belajar di Madinah.

untuk Audio Syeikh rushdi, ada juga syarah ibnu Qasim bagi matan ibn sujak yang membicarakan feqh mazhab As-Syafii.
Harap-harap, ana berkesempatan untuk mendengarkan rakaman ini dan menjadikan bahasa Arab ana kepada tingkatan yang lebih tinggi bagi memudahkan menjadi faham akan hal agama.. seperti satu hadis Nabi:

من يريد الله خيرا، يفقهه في الدين
Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH ke atasnya kebaikan, difaqihkannya dalam ilmu agama..
Moga-moga ana mendapat rahmat seperti yang dimaksudkan hadis ini..
Amin ya Rabbal Alamiin..

ALLAHUAKBAR!!

Thursday, November 4, 2010

Ulasa Liqa' fiqri

Assalamualaikum..
ulasan ni, ana tulis untuk PAS Puncak Alam.. sebab takde idea untuk blog ana.. anak copy juga kat sini..



Ulasan Liqa' Fiqri 30 Oct 2010

السلام عليكم شرحمة الله وبركته
ام بعد
Alhamdulillah, pada sabtu minggu lepas, atas usaha Ustaz Noraziz Mudakkir, Pemuda PAS puncak Alam dapat menganjurkan satu program liqa' fiqri yang disampaikan oleh ulama Muda kita Ustaz Hairul Nizam Mat Husain. Program ini, alhamdulilah mendapat sambutan yang menggalakan dari pejuang-pejuang PAS puncak Alam dan Kuala Selangor.

program ini berkisar atas tajuk memahami manhaj sebenar pejuangan PAS yang kita dokongi sekarang. Ustaz Hairul Nizam membawa kita menyelusuri sirah-sirah perjuangan Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda serta ulama-ulama selepasnya yang terkenal dengan ketegasan dalam melaksanakan Hukum-Hukum ISLAM.

Ustaz Hairul Nizam Membawa kisah tentang Sultanul Ulama' iaitu As-Syeikh Allamah Izzudin Abdus Salam yang begitu tegas ketika menjadi Ulama di suatu era kesultanan di Mesir dan Syria. Menceritakan Bagaimana ketika itu, Izzuddin Abdus Salam begitu tegas dalam khutbah di mimbar2 masjid menegur kesilapan Sultan dan Sebagainya. As-Syeikh Izzudin Abdus Salam bersama-sama seorang lagi ulama besar iaitu Ibnu Hajib Almaliki telah bangun menyuarakan pendapat tentang sultan yang membuat tindakan yang menyalahi syara'.

Permulaan Perbincangan, Ustaz Hairul Nizam membawa kita kepada memahami Konsep khilafiah dari sudut dalil Quran dan Ilmu khulafa yang dikupas oleh ulama dahulu dan terkini.

Apa yang menarik ialah tentang Tulisan Dr Abdul razak As-Sanahuri yang lebih dikenali sebagai Abu Qanun pada awal kurun ke 20 hingga pertengahan kurun ke 20.
Beliau telah menghasilkan tulisan tentang Fiqhu Khalifah dalam bahasa perancis Ketika berada Di University of Lyon. Buku ini diterjemahkan anak Perempuan dan Menantunya ke dalam bahasa Arab. Dr Nadiah Abdul razak As-Sanahuri dan suaminya Dr Taufiq Syawi.
Dan Ustaz Hairul berkesempatan bertemu dengan Dr Taufiq Syawi di Mesir.

----info sumber: http://ar.wikipedia.org/wiki/عبد_الرازق_السنهوري

Dr Abdul razak Membahagikan System Islam (khalifah) kepada TIGA iaitu:

1- سلطة التشرعية: HAK Hukum Hakam
2-سلطة القضاءية: Hak Perwakilan Kepimpinan (mirip parlimen)
3-سلطة تنفظية: Hak Pelaksanaan ( Executive)

Daripada Tiga elemen ini, elemen Satu, sultoh attasyriiah, hanyalah Hak Milik Mutlak ALLAH dan rasulNya, Manusia tidak dapat mengubahnya..
Walaubagaimanapun untuk elemen 2 dan 3, ini terserah kepada kebijaksanaan Manusia untuk menilai selagi tiada melanggari elemen 1 .

Daripada Kefahaman Ini.. Ciri Utama Negeri ISLAM ialah Negara Yang mempunyai سلطة آلتشرعيةsebagai perlembagaan utama Negaranya. Undang Yang paling tinggi dari segalanya.
Maka mengikut pertimbangan ini.. Malaysia bukan lagi negara ISLAM mahupun Negara Mesir sekalipun.

Terang As-Syeikh Taufiq As-Syawi semasa pertemuan dengan Ustaz Hairul Nizam, Khilafah Islamiah yang terakhir ialah Kerajaan Uthmaniah. selepas itu belum ada lagi yang benar-benar menepati Ciri-Ciri Negara ISLAM..
Khalifah2 dulu atau Sultan Dulu, walaupun Zalim, mereka masih lagi menetapkan Hukum ALLAH sebagai perlembagaan tertinggi mereka. Dan system khalifah ini dibahgai lagi kepada dua iaitu:

1-خليفة الرشيدة:System Khalifah Yang Tulen: Zaman Sahabat Nabi sehingga Saidina Ali Karamallahuwajhah

2-خليفة النا قصة:Khalifah yang Tak tulen sperti system monarchy dan sebagainya.

Maka dengan ulasan ini, moga-moga kita semua dapat mengingatkan kembali ilmu-ilmu yang telah disampaikan dan menjadi hujah kita sebagai penguat dalam perjuangan ISLAM..


الله اكبر الله اكبر الله اكبر

Sunday, October 24, 2010

Rumusan Kuliah: Tasawur ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله نحمده ونستعينه ونستغفره ونستهديه وايا ك نعبد وايا ك نستعين اهدن الصراط المستقيم
ام بعد
Alhamdulilah, semalam, saya mengikuti kuliah maghrib Di Surau Al-Furqan disampaikan Oleh Al-Fadhil Ustaz Saedal, seorang pensyarah di UNISEL. Kuliahnya berkisar tentang tasawwur ISLAM dan isi semalam berkenaan Keperluan Agama kepada Manusia.
Saya tidak mahu memanjangkan isi berkenaan.. Namun saya tertarik kepada penafsiran ayat 6 surah Al-Fatihah iaitu:

إهدن الصراط المستقيم
Maksudnya: Tunjukkanlah kami Jalan Yang Lurus

Ayat ini, yang kita baca 17 kali dalam setiap rakaat fardu solat. Yang kita minta ALLAH tunjukkan kepada kita Jalan Yang Lurus..
Persoalannya, Apa itu jalan Lurus?
Apakah tanda jalan Itu Lurus?
Mana Jalan Yang Lurus itu?

Maka.. Di mana harus kita mulakan untuk Mencari Jawapan untuk soalan-soalan ini?
Kemudian selepas Surah Al-Fatihah.. Kita Jumpa Surah Al-Baqarah. Apakah Ayat mula-mula Surah Al-Baqarah..

الم. ذلك الكتاب لا ريب فيه هدي للمتقين
Maksudnya: alif lam Mim. itulah kitab yang tiada ragu padanya, petunjuk pada orang-orang bertakwa.

Maka Disini.. Fahamlah saya,begitu indahnya Al-Quran, Mu'jiz nya Al-Quran yang disampaikan Oleh Rasulullah SAW. Petunjuk yang Kita Minta supaya berada Di Jalan Yang Lurus, Ada di depan mata.
Dalam surah Al-fatihah ayat 6, kita meminta kepada Allah supaya Diberikan petunjuk Kepada jalan Yang lurus.. Tetapi apakah petunjuk itu?
Maka jawapannya.. dalam ayat 2 surah Al-baqarah. Petunjuk Itu Ialah Al-Kitab iaitu Al-Quran.

Maka semestinya.. Untuk tetap di jalan yang lurus.. WAJIB bagi kita menjadikan Al-Quran itu sebagai Tanda, penunjuk Jalan dan Sebagai menandakan Jalan yang ditunjukkan Al-Quran itu ialah Jalan Yang Lurus. Sekiranya kita tinggalkan sebahagian, maka kita menolak petunjuk yang sebahagian Al-quran.. Mana mungkin kita boleh tetap di Jalan yang lurus sekiranya meninggalkan petunjuk..

Umpama berjalan di lebuh raya atau Jalan Raya di waktu malam..
Walaupun Jalan itu lurus.. Mampukah kita memandu dalam keadaan lampu yang kurang terang atau lampu yang sedikit?
Mampukah kita memandu dari Johor ke Perlis hanya dengan dibantu lampu signal?
atau Mampukah kita memandu dengan hanya lampu di belakang?
Atau Mampukah kita selamat dengan hanya ada lampu depan??


begitulah perumpamaan Al-Quran.. jika kita tiada ambil Al-Quran sebagai petunjuk, Maka sesatlah kita..

Sebenarnya.. banyak lagi dalil daripada Al-Quran sendiri..
Namun, bagi hati yang Beriman... bagi yang faham dan selalu membaca AL-Quran..
Cukuplah Ayat 2 surah Al-Baqarah sebagai penerangan kepada ayat 6 surah al-Fatihah yang sentiasa kita baca dalam solat seharian kita.

صدق آلله العظيم

Wednesday, October 20, 2010

Siapa Yang Beriman?Siapa Muttaqin? Siapa Munafik?Siapa Kafirin?

السلامعليكم ورحمة الله وبركته
نحمده ونستغفره اشهد ان لا اله الا الله وحده شريك له واشهد ان محمد عبده ورسوله
ام بعد
Sejak Dhuha tadi, daku terfikir mengapa kini manusia terlalu jauh dari cahaya agama ISLAM yang sepatutnya Sinarnya terang benderang? mengapa terlalu jauh diri kita dari kesatuan atas dasar Iman yang satu dan syariat ISLAM yang syumul. Apakah di sana, kita masih tiada ingin memahami apa yang telah diturunkan ALLAH iaitu Al-Quran sebagai Peringatan, Berita Gembira, Khabar Amaran dan sebagainya?

Dan Daku juga berfikir? sempurnakah Imanku? cukupkah ilmu ini dalam mengenali ALLAH dan Makhluknya.. pernah ku membaca ayat Quran.. Kenali ALLAH melalui pemerhatian kepada Makhluk, dan jangan kamu cuba mengenali zat ALLAH dengan berlebihan kerana Akal Manusia yang fana itu, tak akan mampu..
Tetapi.. telah ku lupa ayat dari surah mana.. seingat aku antara surah al-Baqarah -- Al-Anfal..

Sesungguhnya Ilmuku cetek sekali, aku dahagakan ilmu ISLAM ini namun mungkin kepayahan ini adalah ujian ALLAH untuk menguji hambaNYA..
Ilmu tiada mungkin benar tanpa Guru, namun Apakah yang mahu ditanya bila berjumpa guru??.. Dan atas sebab itu, aku mengambil inisiatif untuk membaca terlebih dahulu, dan kemudian akan aku dengarkan pemahamanmu kepada mana-mana guru yang aku jumpai..

Sebenarnya.. Persoalan aku pagi ini.. Adakah Kita sekarang benar-benar memahamai siapa Yang Beriman? SIapa Yang Bertakwa? Siapa Munafik? Siapa Kafir? dalam konteks Dalil Quran dan Hadis?

Siapakah Yang Bertakwa dan Beriman yang Disifatkan ALLAH daripada ayat pertama Surah AL-Fatihah sehingga ke akhir ayat Surah An-NAs?

Terdetik di hati ini untuk menungkilkan kajian Ini melalui ayat-ayat Al-Quran..
Namun jika di luar sana sudah ada karya yang dimaksudkan.. Ingin sekali daku menatapnya.. Ingin sekali daku Memahaminya..

Tujuan aku kerana apa??
Hari ini ramai benar jemaah yang mengistiharkan berdiri atas paksi ISLAM.. tetapi benarkah dakwaan mereka mengikut dalil2 Quran??
Hari ini, ramai benar cuba Mengeluarkan pandangan.. Tetapi sudah habiskah Dalil Al-Quran disandarkan??
Hari ini, ramai benar cuba mencari Kebenaran, tetapi apakah benar yang didapati atau Sesat yang dijumpai??

Lihat diriku ini.. pandai menyusun kata.. namun mana Dalil Qurannya?? begitu lemah diriku ini.. Moga-moga.. ALLAH menambah ilmu di dadaku.. dan Menjadikan Quran Hujah pada Diriku, pada keluargaku, pada rakan-rakanku dan Menjadi saksi di Hari Akhirat!!

ALLAHUAKBAR!!

Monday, October 11, 2010

Perjalananku Dalam Menguasai Bahasa Arab.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Sudah hampir empat bulan daku berusaha merapatkan diri ini dengan bahasa yang Mulia , bahasa Syurga dan juga bahasa Al-Quran iaitu al-Lughotul A'rabiah.. Melalui pergaulan semasa dan pergaulan dalam harakiah, daku berusaha untuk menfaatkan semua sudut perlakuan untuk memahami bahasa Quran dan Lisan Rasulullah SAW.
Daku membiasakan diri mencatitkan nota dengan tulisan Jawi supaya nanti daku mampu menotakan apa yang aku dengar pantas dengan bahasa arab..
Daku juga cuba mencari-cari kuliah agama yang disampaikan oleh orang arab untuk membiasakan diri dengar lunak-lunak arab oleh orang arab..

Namun dalam kaedah-kaedah yang aku minta nasihat dari orang sekeliling, aku simpulkan seperti berikut:

1. Dahulukan dengan biasakan dengan kalimah2 A-Quran, atau mengkhatamkan Al-quran dan Membiasakan Diri dengan Al-Quran. Kalau dapat bagiku.. menghafal akan dia akan Al-Quran.
2. Membaca sebanyak mana kitab2 atau artikel dalam bahasa arab supaya dapat membiasakan diri dengan mufaradat2 (vocabulary) arab.
3. Jangan berhenti daripada melihat Al-Quran dan Hadis kerana kedua-Dua ini adalah Dua seni lughoh Arab yang tiada tandingan..

Sehubungan dengan itu.. daku cuba menghabiskan Khatam Al-Quran dengan Melihat makna secara harfiah dan susunan2 jumlah2 (ayat) dalam Al-Quran.
Daku juga mendengar audio2 pengajian arab.. kebanyakannya aku dapati dari website2 agama indonesia..
antaranya.. badaronline.com dan radiomuslim.com

dan daku juga bercadang.. untuk mengambil diploma daripada ILHAM ( Institut latihan dan Perkaderan ISLAM Malaysia) yang di bawah Lajnah Tarbiyah dan Pendidikan PAS.

Tuesday, September 28, 2010

Contoh Ulama Mufassir Qurun ke 20

Assalamualaikum..
ana dapat video ini ketika melayari blog
http://hazmidibok.blogspot.com/

ini video itu..

ALLAHUAKBAR!!

Saturday, September 4, 2010

Imbasan Tazkirah Surau: Sirah Nabi

Assalamualaikum,
Diceritakan kepadaku oleh ustaz Hairul Nizam Mat Husain (http://hairulnizammathusain.blogspot.com/), bahawasanya, dengar dia dari Gurunya,
Al-Syeikh Dr. Yusri bin Rusydi Bin Jabr bin Al-Sayyid al-Hasani (Pembetulan: Fadhilat al-Syeikh Prof. Dr. Sa`d bin Sa`d Jawish) di masjid Al-Azhar Shariff,
tentang kisah 1000 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad Ke Yathrib Madinah al munawwarah.

Kisahnya berkenaan seorang raja dari Negeri Yaman( tubak-تبع) yang pada suatu ketika dulu ingin menyerang dan Menawan Madinah. Dan tatkala ingin dia memusnahkan kota madinah, ditegah olehnya oleh pendita agama yahudi yang amat faham akan kitab taurat yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Musa As.
Ditegahnya Pendita itu kerana katanya, pada Raja Tubak, janganlah kau musnahkan tempat ini, kerana di sinilah akan dibangkitkan rasul Akhir zaman.
Maka raja Tubak itu mengarahkan pendita yahudi itu menunjukkan di mana rumah Nabi Akhir Zaman akan didirikan. Selepas ditunjukkan tempat yang akan Nabi singgah semasa mendatangi Hijrah ke Madinah, Raja Tubak mendirikan sebuah rumah atas tapak itu untuk menunggu kedatangan Nabi akhir zaman seperti yang diceritakan Oleh rahib yahudi tadi yang didapati dalam kitab Taurat dan kitab-kitab Agama Hanif orang Yahudi yang berasulkan Nabi Musa A.s.
Oleh kerana khuatir tiada dapat berjumpa dengan Nabi akhir Zaman iaitu Muhammad, Raja Tubak menulis surat dan diamanahkan kepada warisnya yang mendiami rumah itu untuk disampaikan kepada Nabi Muhammad dalam peristiwa hijrah di kemudian hari.

Dan sehingga kedatangan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa hijrah, rumah tersebut ialah rumah Sahabat yang dikenali sebagai Abu ayyub Al- Ansari, yang mana beliau juga adalah salah seorang tentera yang terkorban dalam cubaan menawan Konstatinople di zaman Yazid bin Muawiyah. Dan jasadnya dikebemuikan di luar konstantinople seperti yang diwasiatkan kerana katanya dia mahu mendengar tapak2 tentera ISLAM kelak yang akan menawan Konstantinople di bawah pimpinan Muhammad Al-fateh.

Maka tatkala Nabi Memasuki rumah Saidina Abu Ayyub Al-Ansari, dimintanya surat Raja Tubak itu.


dan setakat itu yang diceritakan kepadaku,

Kemudian beberapa hari yang lepas, tatkala aku sedang membaca Surah AD-Dukhan, aku temui nama Tubak ini pada ayat 37. Dan tatkala sampai pada ayat ini, aku teringat cerita Ustaz Hairul Nizam (semoga beliau dapat menjadi ulama besar kelak dan menyumbang kepada Perkembangan ISLAM di Malaysia). Oleh kerana semangat ingin tahu akan tafsir ayat ini, aku telah membuat rujukan pada dua kitab tafsir yang ada padaku, iaitu Tafsir Al-jalalain dan Tafsir As-Shahih Ibn Katsir. Aku cuba mencari tentang kisah ini tetapi masih tidak ketemui, cuma dijelaskan Raja tubak ialah raja yang beriman tetapi kaumnya dimusnah kerana kemungkaran mereka sendiri. Menurut Tafsir Ibn katsir, Kisah raja-raja Tubak ini terkekenal di jazirah Arab pada zaman dahulu dan ceritanya diperturunkan zaman ke zaman. Umpamanya tiada seorang orang Arab pun tidak pernah mendengar kisah Arab ini. dan Tubak ada nama gelaran raja seperti An-Najasy bagi negeri Habsyah dan Firaun bagi kerajaan Mesir.

Dan aku masih lagi ingin mengetahui kisah ini, mungkin nanti aku berpeluang untuk meneliti tafsir Qurtubhi dan sebagainya. Moga-moga ALLAH melebarkan ilmu pengetahuan aku.

Iktibar dari kisah ini, amat banyak.
Bandingkan dengan kita di umat akhir zaman, adakah kita rindukan akan Nabi Muhammad SAW??
Raja Tubak yang hidup 1000 sebelum nabi, mampu merindui Rasullullah?
apakah kita yang dikurniakan Quran dan Hadis masih tidak mengenali Baginda??
kalau kita sayang akan Nabi, mengapa masih meninggalkan perutusannya dan ajarannya??

semoga menjadim iktibar bagi kita yang masih hidup...

ALLAHUAKBAR