Sunday, October 24, 2010

Rumusan Kuliah: Tasawur ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله نحمده ونستعينه ونستغفره ونستهديه وايا ك نعبد وايا ك نستعين اهدن الصراط المستقيم
ام بعد
Alhamdulilah, semalam, saya mengikuti kuliah maghrib Di Surau Al-Furqan disampaikan Oleh Al-Fadhil Ustaz Saedal, seorang pensyarah di UNISEL. Kuliahnya berkisar tentang tasawwur ISLAM dan isi semalam berkenaan Keperluan Agama kepada Manusia.
Saya tidak mahu memanjangkan isi berkenaan.. Namun saya tertarik kepada penafsiran ayat 6 surah Al-Fatihah iaitu:

إهدن الصراط المستقيم
Maksudnya: Tunjukkanlah kami Jalan Yang Lurus

Ayat ini, yang kita baca 17 kali dalam setiap rakaat fardu solat. Yang kita minta ALLAH tunjukkan kepada kita Jalan Yang Lurus..
Persoalannya, Apa itu jalan Lurus?
Apakah tanda jalan Itu Lurus?
Mana Jalan Yang Lurus itu?

Maka.. Di mana harus kita mulakan untuk Mencari Jawapan untuk soalan-soalan ini?
Kemudian selepas Surah Al-Fatihah.. Kita Jumpa Surah Al-Baqarah. Apakah Ayat mula-mula Surah Al-Baqarah..

الم. ذلك الكتاب لا ريب فيه هدي للمتقين
Maksudnya: alif lam Mim. itulah kitab yang tiada ragu padanya, petunjuk pada orang-orang bertakwa.

Maka Disini.. Fahamlah saya,begitu indahnya Al-Quran, Mu'jiz nya Al-Quran yang disampaikan Oleh Rasulullah SAW. Petunjuk yang Kita Minta supaya berada Di Jalan Yang Lurus, Ada di depan mata.
Dalam surah Al-fatihah ayat 6, kita meminta kepada Allah supaya Diberikan petunjuk Kepada jalan Yang lurus.. Tetapi apakah petunjuk itu?
Maka jawapannya.. dalam ayat 2 surah Al-baqarah. Petunjuk Itu Ialah Al-Kitab iaitu Al-Quran.

Maka semestinya.. Untuk tetap di jalan yang lurus.. WAJIB bagi kita menjadikan Al-Quran itu sebagai Tanda, penunjuk Jalan dan Sebagai menandakan Jalan yang ditunjukkan Al-Quran itu ialah Jalan Yang Lurus. Sekiranya kita tinggalkan sebahagian, maka kita menolak petunjuk yang sebahagian Al-quran.. Mana mungkin kita boleh tetap di Jalan yang lurus sekiranya meninggalkan petunjuk..

Umpama berjalan di lebuh raya atau Jalan Raya di waktu malam..
Walaupun Jalan itu lurus.. Mampukah kita memandu dalam keadaan lampu yang kurang terang atau lampu yang sedikit?
Mampukah kita memandu dari Johor ke Perlis hanya dengan dibantu lampu signal?
atau Mampukah kita memandu dengan hanya lampu di belakang?
Atau Mampukah kita selamat dengan hanya ada lampu depan??


begitulah perumpamaan Al-Quran.. jika kita tiada ambil Al-Quran sebagai petunjuk, Maka sesatlah kita..

Sebenarnya.. banyak lagi dalil daripada Al-Quran sendiri..
Namun, bagi hati yang Beriman... bagi yang faham dan selalu membaca AL-Quran..
Cukuplah Ayat 2 surah Al-Baqarah sebagai penerangan kepada ayat 6 surah al-Fatihah yang sentiasa kita baca dalam solat seharian kita.

صدق آلله العظيم

Wednesday, October 20, 2010

Siapa Yang Beriman?Siapa Muttaqin? Siapa Munafik?Siapa Kafirin?

السلامعليكم ورحمة الله وبركته
نحمده ونستغفره اشهد ان لا اله الا الله وحده شريك له واشهد ان محمد عبده ورسوله
ام بعد
Sejak Dhuha tadi, daku terfikir mengapa kini manusia terlalu jauh dari cahaya agama ISLAM yang sepatutnya Sinarnya terang benderang? mengapa terlalu jauh diri kita dari kesatuan atas dasar Iman yang satu dan syariat ISLAM yang syumul. Apakah di sana, kita masih tiada ingin memahami apa yang telah diturunkan ALLAH iaitu Al-Quran sebagai Peringatan, Berita Gembira, Khabar Amaran dan sebagainya?

Dan Daku juga berfikir? sempurnakah Imanku? cukupkah ilmu ini dalam mengenali ALLAH dan Makhluknya.. pernah ku membaca ayat Quran.. Kenali ALLAH melalui pemerhatian kepada Makhluk, dan jangan kamu cuba mengenali zat ALLAH dengan berlebihan kerana Akal Manusia yang fana itu, tak akan mampu..
Tetapi.. telah ku lupa ayat dari surah mana.. seingat aku antara surah al-Baqarah -- Al-Anfal..

Sesungguhnya Ilmuku cetek sekali, aku dahagakan ilmu ISLAM ini namun mungkin kepayahan ini adalah ujian ALLAH untuk menguji hambaNYA..
Ilmu tiada mungkin benar tanpa Guru, namun Apakah yang mahu ditanya bila berjumpa guru??.. Dan atas sebab itu, aku mengambil inisiatif untuk membaca terlebih dahulu, dan kemudian akan aku dengarkan pemahamanmu kepada mana-mana guru yang aku jumpai..

Sebenarnya.. Persoalan aku pagi ini.. Adakah Kita sekarang benar-benar memahamai siapa Yang Beriman? SIapa Yang Bertakwa? Siapa Munafik? Siapa Kafir? dalam konteks Dalil Quran dan Hadis?

Siapakah Yang Bertakwa dan Beriman yang Disifatkan ALLAH daripada ayat pertama Surah AL-Fatihah sehingga ke akhir ayat Surah An-NAs?

Terdetik di hati ini untuk menungkilkan kajian Ini melalui ayat-ayat Al-Quran..
Namun jika di luar sana sudah ada karya yang dimaksudkan.. Ingin sekali daku menatapnya.. Ingin sekali daku Memahaminya..

Tujuan aku kerana apa??
Hari ini ramai benar jemaah yang mengistiharkan berdiri atas paksi ISLAM.. tetapi benarkah dakwaan mereka mengikut dalil2 Quran??
Hari ini, ramai benar cuba Mengeluarkan pandangan.. Tetapi sudah habiskah Dalil Al-Quran disandarkan??
Hari ini, ramai benar cuba mencari Kebenaran, tetapi apakah benar yang didapati atau Sesat yang dijumpai??

Lihat diriku ini.. pandai menyusun kata.. namun mana Dalil Qurannya?? begitu lemah diriku ini.. Moga-moga.. ALLAH menambah ilmu di dadaku.. dan Menjadikan Quran Hujah pada Diriku, pada keluargaku, pada rakan-rakanku dan Menjadi saksi di Hari Akhirat!!

ALLAHUAKBAR!!

Monday, October 11, 2010

Perjalananku Dalam Menguasai Bahasa Arab.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Sudah hampir empat bulan daku berusaha merapatkan diri ini dengan bahasa yang Mulia , bahasa Syurga dan juga bahasa Al-Quran iaitu al-Lughotul A'rabiah.. Melalui pergaulan semasa dan pergaulan dalam harakiah, daku berusaha untuk menfaatkan semua sudut perlakuan untuk memahami bahasa Quran dan Lisan Rasulullah SAW.
Daku membiasakan diri mencatitkan nota dengan tulisan Jawi supaya nanti daku mampu menotakan apa yang aku dengar pantas dengan bahasa arab..
Daku juga cuba mencari-cari kuliah agama yang disampaikan oleh orang arab untuk membiasakan diri dengar lunak-lunak arab oleh orang arab..

Namun dalam kaedah-kaedah yang aku minta nasihat dari orang sekeliling, aku simpulkan seperti berikut:

1. Dahulukan dengan biasakan dengan kalimah2 A-Quran, atau mengkhatamkan Al-quran dan Membiasakan Diri dengan Al-Quran. Kalau dapat bagiku.. menghafal akan dia akan Al-Quran.
2. Membaca sebanyak mana kitab2 atau artikel dalam bahasa arab supaya dapat membiasakan diri dengan mufaradat2 (vocabulary) arab.
3. Jangan berhenti daripada melihat Al-Quran dan Hadis kerana kedua-Dua ini adalah Dua seni lughoh Arab yang tiada tandingan..

Sehubungan dengan itu.. daku cuba menghabiskan Khatam Al-Quran dengan Melihat makna secara harfiah dan susunan2 jumlah2 (ayat) dalam Al-Quran.
Daku juga mendengar audio2 pengajian arab.. kebanyakannya aku dapati dari website2 agama indonesia..
antaranya.. badaronline.com dan radiomuslim.com

dan daku juga bercadang.. untuk mengambil diploma daripada ILHAM ( Institut latihan dan Perkaderan ISLAM Malaysia) yang di bawah Lajnah Tarbiyah dan Pendidikan PAS.