Monday, January 2, 2012

BUNTU

Dengan Nama Rabbul Alamin aku Menulis...

aku kebuntuan.. aku malas, putus asa... semua berulang ulang di kotak pemikiran saat ini..
ahhh.. kiranya saat ini aku mempunyai kuasa sakti.. terus selesai semua masalah..
Tapi apakan daya.. itu hanya khayalan otak mainan syaitan yang terus menggoda..

Ahh... diantara tanggungjawab dan beban..
di antara kebahagiaan dan penderitaan...
di antara kehidupan dan kehidupan..

aku lemas dan tenggelam..
bagaimana bisa aku keluar dari segala kebuntuan..
sedangkan masih di meja mencari alasan??..
apakah aku ini makhluk lemah tiada iman?
ahhhh.. Ya ALLAH.. bantulah hambamu dalam kelemasan..
lemas dengan dunia yang penuh godaan..
tewas dengan nafsu yang digodam syaitan..
Aku perlu bangkit melawan..
bangkit dengan kekuatan iman..

ya Allah..
yang punya kekuatan dan kekuasaan..
limpahkan kurniamu,
semoga aku menang melawan kehidupan..

Monday, January 31, 2011

Intro: AQIDAH SEBAGAI TUNGGAK PERJUANGAN

السلام عليكم ورحمةالله وبركته
بسم الله الرحمن الرحيم
Syukur, dapat ana mengemaskini blog ini setelah lama berehat. Coretan kali ini lebih kepada mahu membicarakan Soal Aqidah dalam kehidupan kita secara umum dan Khususnya dalam Perjuangan.
Sebelum berbicara soal kehidupan.. perlu kita faham kenapa Kita Dijadikan oleh ALLAH. Dan ini Diterangkan Oleh ALLAH dalam dua ayat Al-Quran ini:


وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-baqarah:30)

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ٥٦ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Azzariat:56)

Mafhum dari Dua ayat Ini , Kita dijadikan oleh ALLAH SWT adalah untuk menjadi Khalifah Di muka bumi ini yang menjadi Hamba kepada ALLAH. Apabila ALLAH menyuruh kita menyembahnya, maka seharusnya segala apa yang kita buat haruslah dalam lingkungan perintah seorang Malik kepada mamluknya(hamba).. Walaupun setinggi mana taraf hamba ketika di Dunia ini, kita masih hamba kepada yang memiliki Alam ini.


Dan Dalam solat yang wajib kita seharian sebanyak 17 rakaat itu, kita sering mengulangi bacaan Al-fatihah yang mengandungi di dalamnya, tauhid Uluhiah, tauhid rububiah dan ubudiah kepada ALLAH dalam setiap perkara yang Menjadi Hakim di hari Pembalasan.


PERJUANGAN
Dalam Kita mengimpikan berjuang di dalam perjuangan menegakkan ADDIN ini.. seharusnya kita faham akan tujuannya. Bagaimana memahami perjuangan ini??
Maka harus kita melihat kepada Al-Quran dan Perjuangan Rasulullah SAW.. Kita lihat apa intipati perjuangan Nabi MUhammad SAW?..
Perjuangan Rasulullah SAW adalah menyambung perjuangan Rasul-rasul terdahulu seperti yang tercatat dalam surah HUD. tidak lain tidak bukan ialah Dua Perkara

١. ان اعبدوا الله
٢. اجتنبوا الطغوت
1. Menghambakan diri kepada ALLAh
2. Menjauhi taghut.

Maka secara kesimpulannya.. perjuangan harakiah ISLAMIAH yang diwarisi dari rasul-rasul dahulu sehingga Khatamul Nabi Rasulullah SAW ialah Perjuangan Menegakkan Tauhid yakni mengesakan ALLAH dan Kufur Kepada taghut.










ps; ingin sambung.. tetapi masa tak mengizinkan..

Sunday, January 23, 2011

Mengisi ruang Kosong

Assalamualaikum..
sudah lama tidak menghentam keyboard untuk dijadikan bahan bicara dalam blog ini.
Dalam keadaan baru menghambakan diri secara intima'i kepada perjuangan ISLAM, kekuatan istiqamah dan kekentalan jiwa perlu dijaga supaya tidak terhenti di separuh jalan.

Perjuangan ISLAM, JIHAD ISLAM dan perjuangan Aqidah memerlukan Faham yang tinggi supaya apa yang kita perjuangkan ini adalah betul-betul yakin yang tiada belah bagi. Al-Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan 10 arkanul baiah , yang mana diletak pada rukun pertama ialah al-fahmu(kefahaman)..

sepanjang Perjalanan Perjuangan ini, akan ditempuhi pelbagai mehnah dan ujian.. dan buat seketika diri ini diuji dengan keluarga, masalah kewangan, masalah kenderaan dan berbagai masalah yang lain yang sangat memerlukan ketenangan hati dan tawakal kepada ALLAH supaya diri dan jiwa ini tetap di dalam aqidah perjuangan.
sentiasa mengingati perjuangan Rasulullah SAW yang tiada pernah berhenti..
Sentiasa mengingati perjuangan Sahabat baginda terutama Khalifah Arrasyidin yang sekalipun tidak meninggalkan perjuangan ISLAM di kala senang mahupun Susah.
Mengingati perjuangan Ulama-ulama terdahulu supaya ISLAM sampai ke seluruh pelusuk dunia.
Tidak Lupa juga peranan ulama mutaakhirin dan pejuang-pejuang mutaakhirin supaya ISLAM ini terus gah di pesada dunia walaupun diri terus dihina, dinista dan ditekan di setiap sudut..

Walaupun perjuangan Ini merempuh banyak ranjau.. ia memberi ketenangan di dalamnya.. ketika masalah melanda.. hati diberi ketenangan untuk merujuk ALLAH..
ketika Badan penat.. rakan perjuangan menyambut dengan ukhuwah..
Ketika Fikiran dan Jiwa kehausan.. rakan perjuangan memjadi ubat.. indahnya ukhuwah islamiyah jika terus disuburkan..

Tuesday, December 21, 2010

Mendepani Cabaran Jihad dan wasilah perjuangan

Assalamualaikum wbt..

Dunia Umat ISLAM ini banyak sekali dicemari dengan unsur-unsur luar yang tidak sepatutnya. Umat ISLAM berpecah kepada berpuluh-puluh firqah. Muslimin sekarang tiada jati diri yang sejati yang sepatutnya kita pegang!!
Mengapa Kita lemah dan mengapa kita terus lemah?

Jawapannya mudah : Umat ISLAM kini tidak lagi berpegang kuat kepada Quran dan Sunnah. Walaupun aqidah kita di tempat yang benar dan seharusnya kita YAKIN BENAR. kita telah melupai saranan Rasulullah SAW, Nabi junjungan kita Rasul penyuluh alam.

Mafhum satu sabda nabi "" telah Ku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu sekali-kali tidak akan sesat Jika Kamu berpegang kepada kedua-duanya, kitabullah dan Sunnatun Nabiyy"".. hadis boleh didapati daripada susunan Mastika Hadis, keluaran Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Kita lupa dan tidak kuat untuk berpegang kepada sunnah Nabi..
Umat ISLAM lupa akan sejarah..
Umat ISLAM lupa sejarah pertembungan antara kafir Quraisy dan Muslimin Pimpinan rasulullah di Mekah..
Muslimin Lupa pertembungan Yahudi, munafiq dan Musyrikin di Madinah..
Muslimin lupa pertembungan kafirun dan Muslimin di palestine..
Muslimin lupa pertembungan Kafirun dan Muslimin di zaman perang Salib (Crusade)..
Muslimin Lupa kejatuhan khalifah Uthmaniah..
Dan Akhir sekali.. Muslimin Lupa bagaimana negara Haram Yahudi dapat bertapak di palestine..

Kenapa dengan Mudah kita melupakan sejarah??

pendidikan kita pada hari ini tidak menekankan aspek keimanan dan Kecintaan kepada Nabi..
Maka Amaran Nabi SAW mula terserlah..

Akan tiba masanya umat Nabi menjadi lemah bila terdapat dua penyakit iaitu
1. Cintakan Dunia
2. Bencikan Kematian..

Ayuh!!
ikhawanul Muslimin..
Ayuh Bangkit!!

Ayuh.. lihatlah sejarah agamaMu?
Lihatlah sejarah BangsaMu??

mengapa kita lemah?????

Monday, December 20, 2010

Mengintai Konspirasi Sejarah..

Assalamualaikum..
Sebenarnya ana nak tulis banyak namun tidak berkemampuan dalam kesempatan kali ini.
Namun.. link di bawah ini adalah perkara yang ana ingin bincang pada article akan datang

sinopis..
kisah pengakuan spy British dalam mewujudkan pergolakan kerajaan Islam Uthmaniah dan kebangkitan Qabilah Ibn Saud sebagai Pemerintah di Arab Saudi yang menguasai Mekkah dan Madinah..
Memoirs ini berkenaan hubungan humpher dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, orang yang disandarkan dengan gerakan Wahabi..


http://www.hakikatkitabevi.com/download/english/14-ConfessionsOf%20ABritishSpy.pdf

Sunday, December 19, 2010

Wahai Diri... Bangunlah..

salam,
Sudah lama ana tak menulis.. entah kenapa bila ana buka blog ini.. Ana terasa terikat untuk menulis dengan bahasa yang menggambarkan keindahan bahasa seumpama satu peribahas..

yang Kurik itu kendi,
Yang merah itu saga..
Yang baik Itu Budi..
Yang Indah itu Bahasa..

Maka dalam falsafah pantun ini.. budi dan bahasa itu selalu datang secara seiringan pada diri seseorang..
Indahnya budi seseorang itu, maka tutur bahasanya juga dilafazkan dalam bentuk yang indah juga..

Namun apakan daya, diri ini menghimpunkan pelbagai kelemahan untuk dijadikan alasan..
maka sunyilah laman ini dari cetusan rasa dan idea, Akal yang dikurniakan ALLAH ini tidak
ana janakan dengan sebaik mungkin..

Alasan-alasan dicipta untuk mengelak dari disalahkan.. namun begitulah manusia makhluk ALLAH ini..
Dan Dengan segala ketundukan , Ana mohon ALLAH ampunkan dosa-dosa yang lalu dan diberi kekuatan untuk menahan diri dari melakukan Dosa di masa hadapan..

semoga penyambung bicara kali ini tidak terputus untuk jangka masa yang lama..
Sebenarnya.. banyak perkara yang ana boleh berkongsi untuk dijadikan teladan dan pengetahuan..
berkongsi sedikit sejarah..
berkongsi sedikit pendapat tentang hidup..
berkongsi sedikit tentang berbagai cerita kita semua..

ALLAHUAKKBAR!!

Wednesday, November 10, 2010

Update: Pelajarilah Ilmu

Salam,
sepanjang 3minggu sebelum, kehidupan ana disibukkan dengan beberapa perkara. Moga-moga ALLAH menerima semua amalan yang lepas-lepas.

2,3 hari lepas, semasa sedang mencari kitab secara online iaitu kitab nahu قطر الندي , ana terjumpa satu link yang amat bermanfaat. Link rakaman syeikh Rushdi Qalam, syarah Qatrun Nada dan Kaifiyatul Akhyar (kitab fiqh mazhab syafii yang dikarang oleh imam Taqiyuddin)..

Dan kebetulan pada sebelah malamnya, Kuliah di surau di sampaikan oleh Ustaz Nazmi Abdul Karim, beliau menyampaikan kuliah maghrib di surau al furqan dan Kuliah Isya' di surau Shah Alam 2 Attaufiqiyyah.. kesempatan itu, ana ambil untuk bertanyakan tentang al fadhil Syeikh Rushdi Qalam. Kebetulannya Syeikh Rushdi Qalam ini guru ustaz Nazmi di Syria dan guru beliau ini sangat baik orangnya, suka menolong pelajar yang dalam kesusahan.

Bahasa arab yang digunakan oleh syeikh Rushdi Qalam dalam rakaman audio itu sangat jelas dan mudah difahami bagi orang seperti ana yang baru merangkak-rangkak memahami lingo arab. Kebetulan pula, Kitab kaifiyatul akhyar ini, ada pada simpanan ana, untuk tujuan bahan bacaan, oleh kerana kadang-kadang kesibukan masa serta alasan yang sengaja dicipta, ana tidak dapat menghabiskan untuk mengkhatam kitab fiqh ini.

dan semalam juga, ana telah terjumpa akan satu link bacaan tafsir al-aysar oleh syeikh ABu Bakar jabbar al jazairi yang sekarang ini masih mendengarkan kuliah tafsirnya di masjid An-Nabawi di Madinah. Hadrat syeikh ini, ana bertanyakan kepada ustaz Shamsul Hakim yang pernah belajar di Madinah.

untuk Audio Syeikh rushdi, ada juga syarah ibnu Qasim bagi matan ibn sujak yang membicarakan feqh mazhab As-Syafii.
Harap-harap, ana berkesempatan untuk mendengarkan rakaman ini dan menjadikan bahasa Arab ana kepada tingkatan yang lebih tinggi bagi memudahkan menjadi faham akan hal agama.. seperti satu hadis Nabi:

من يريد الله خيرا، يفقهه في الدين
Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH ke atasnya kebaikan, difaqihkannya dalam ilmu agama..
Moga-moga ana mendapat rahmat seperti yang dimaksudkan hadis ini..
Amin ya Rabbal Alamiin..

ALLAHUAKBAR!!