Sunday, October 24, 2010

Rumusan Kuliah: Tasawur ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله نحمده ونستعينه ونستغفره ونستهديه وايا ك نعبد وايا ك نستعين اهدن الصراط المستقيم
ام بعد
Alhamdulilah, semalam, saya mengikuti kuliah maghrib Di Surau Al-Furqan disampaikan Oleh Al-Fadhil Ustaz Saedal, seorang pensyarah di UNISEL. Kuliahnya berkisar tentang tasawwur ISLAM dan isi semalam berkenaan Keperluan Agama kepada Manusia.
Saya tidak mahu memanjangkan isi berkenaan.. Namun saya tertarik kepada penafsiran ayat 6 surah Al-Fatihah iaitu:

إهدن الصراط المستقيم
Maksudnya: Tunjukkanlah kami Jalan Yang Lurus

Ayat ini, yang kita baca 17 kali dalam setiap rakaat fardu solat. Yang kita minta ALLAH tunjukkan kepada kita Jalan Yang Lurus..
Persoalannya, Apa itu jalan Lurus?
Apakah tanda jalan Itu Lurus?
Mana Jalan Yang Lurus itu?

Maka.. Di mana harus kita mulakan untuk Mencari Jawapan untuk soalan-soalan ini?
Kemudian selepas Surah Al-Fatihah.. Kita Jumpa Surah Al-Baqarah. Apakah Ayat mula-mula Surah Al-Baqarah..

الم. ذلك الكتاب لا ريب فيه هدي للمتقين
Maksudnya: alif lam Mim. itulah kitab yang tiada ragu padanya, petunjuk pada orang-orang bertakwa.

Maka Disini.. Fahamlah saya,begitu indahnya Al-Quran, Mu'jiz nya Al-Quran yang disampaikan Oleh Rasulullah SAW. Petunjuk yang Kita Minta supaya berada Di Jalan Yang Lurus, Ada di depan mata.
Dalam surah Al-fatihah ayat 6, kita meminta kepada Allah supaya Diberikan petunjuk Kepada jalan Yang lurus.. Tetapi apakah petunjuk itu?
Maka jawapannya.. dalam ayat 2 surah Al-baqarah. Petunjuk Itu Ialah Al-Kitab iaitu Al-Quran.

Maka semestinya.. Untuk tetap di jalan yang lurus.. WAJIB bagi kita menjadikan Al-Quran itu sebagai Tanda, penunjuk Jalan dan Sebagai menandakan Jalan yang ditunjukkan Al-Quran itu ialah Jalan Yang Lurus. Sekiranya kita tinggalkan sebahagian, maka kita menolak petunjuk yang sebahagian Al-quran.. Mana mungkin kita boleh tetap di Jalan yang lurus sekiranya meninggalkan petunjuk..

Umpama berjalan di lebuh raya atau Jalan Raya di waktu malam..
Walaupun Jalan itu lurus.. Mampukah kita memandu dalam keadaan lampu yang kurang terang atau lampu yang sedikit?
Mampukah kita memandu dari Johor ke Perlis hanya dengan dibantu lampu signal?
atau Mampukah kita memandu dengan hanya lampu di belakang?
Atau Mampukah kita selamat dengan hanya ada lampu depan??


begitulah perumpamaan Al-Quran.. jika kita tiada ambil Al-Quran sebagai petunjuk, Maka sesatlah kita..

Sebenarnya.. banyak lagi dalil daripada Al-Quran sendiri..
Namun, bagi hati yang Beriman... bagi yang faham dan selalu membaca AL-Quran..
Cukuplah Ayat 2 surah Al-Baqarah sebagai penerangan kepada ayat 6 surah al-Fatihah yang sentiasa kita baca dalam solat seharian kita.

صدق آلله العظيم

No comments:

Post a Comment