Wednesday, August 25, 2010

ومما رزقنهم ينفقون: ٣ سورة البقرة

بسم الله الرحمن الرحيم
ام بعد
Segala Puji bagi Allah tuhan sekalian Alam. Ingin sekali kali ini, apa yang akan ku tintakan berkisar dengan sebahagian potongan ayat Al-Quran dari ayat 3 suroh Al-Baqoroh.
Dua perkara daripada ayat ini ialah rezeki dan Orang-orang yang Menginfaq ( menabur kebajikan kerana Allah).

1. Apa yang direzeki oleh ALLAH kepada Kita?
- Pada ku yang faqir ini, rezeki yang ALLAH datangkan kita dalam berbagai bentuk. Antaranya kelebihan harta, kelapangan Masa, kesihatan tubuh badan, kecerdasan minda, kebahagian keluarga dan sebagainya.

2. Apa yang perlu diinfaqkan?
- Apa yang Allah rezekikan kepada Kita seperti yang tertinta di persoalan pertama.

Sehubungan dengan ayat ini, maka, bagi diri ku yang teramat fakir ini, aku berharap, dengan rezeki yang telah ALLAH kurniakan kepada ku, dapatkan aku infaqkan sebagaimana ayat ini ceritakan.. Moga-moga hamba ini menjadi orang yang bertakwa dan berjaya di Dunia sana. Di Dunia yang mana harta benda , sanak saudara dan sahabat handai di kehidupan ini tidak dapat membantu sedikitpun jika tidak diinfaqkan.

seperti pucuk dicita Ulam mendatang, maka selepas terawikh tadi dan selepas menikmati moreh, ku diberi peluang untuk menginfaqkan apa yang ada pada diri yang fakir ini untuk sama-sama membangunkan pusat tahfiz yang sudah dua tahun beroperasi. Peluang ini adalah peluang keemasan, ku berharap ku mampu untuk meneruskan niat di hati ini.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, kiranya di kau membaca tinta ku ini, marilah sama-sama kita memikirkan pengakhiran kita di dunia ini. Mari lah bersama-sama ku mencari sinar bahagian dan cahaya yang ALLAH anjurkan..

Mari kita lupakan perbuatan silam dengan meminta ampun dan taubat darinya..
Mari kita mulakan perjalanan petunjuk yang tiada keraguan padanya..
Dunia ini fana, jika dikejar sekuat mana pun, akan hancur jua..
Dunia akhirat kita, menunggu modal kita di sini.. apakah untung yang dibawa atau beban yang menyiksa?


wasalam.

puncak alam 2.00 am 16 ramadhan 1431 hijrah

2 comments:

  1. surah : سورة
    kalau صورة maknanya gambar

    syukran..
    saya amat berminat dengan tulisan anda
    moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah

    ReplyDelete
  2. syukran.. kerana pembetulan. saya pun tak perasan. mungkin tertekan shift kot. saya punya keyboard , sin dan Shad dalam satu hitpad

    ReplyDelete