Monday, August 23, 2010

Pendahuluan:المقدمة

بسمالله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,
Ku panjatkan syukur kepada Allah, kerana limpah kurnianya, dapatlah ku dapat memulakan blog ini. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Ku Muhammad SAW, ahli keluarganya , sahabat2nya.
Dan pada hari ini, hari selasa, 14 ramadhan 1431 hijriah bersamaan 24 September 2010. Akan bermulalah perjalanan tinta tanganku untuk blog yang kunamakan sebagai rujuqkembali.blogspot.com

Ini bukanlah laman yang pertama aku cuba hasilkan, tetapi inilah blog pertama yang aku cuba jadikan sebagai satu cara untuk muhasabah diri dan berkongsi pandangan peribadi dan cuba mengupas dari sudut pandangan ISLAM yang aku fahami dan pelajaran ISLAM yang aku terima sama ada dari pendengaran2 di Masjid, surau, ceramah, forum dan pembacaan peribadi.

RUJUQKEMBALI; aku namakan blog ini seperti termaktub dalam daftar blogspot.com adalah kerana beberapa perkara:

1. Padaku, perjalanan hidupku tiadalah selurus mana, banyak kali aku tergelincir dan terlupa dalam mengingati Ilahi dan seringkali aku lupa Merujuk kepada Allah dengan kembali kepada Al-Kitab (quran) dan Sunnah Rasulullah dalam Urusan Harian. Maka dengan menghasilkan hasil tinta ini, moga-moga, mindaku, hatiku, pancainderaku dan anggota badanku sentiasa kembali merujuk ALLAH dan RasulNya dalam setiap perkara yang akan datang.

2.Menjadi alat bagiku sebagai zikir bagi tanganku, ketika menulis, hatiku kembali mengingatiNYA, dan menyeru akan Diriku kepada sesiapa yang membaca supaya kita kembali kepada Ilahi yang memiliki segala Alam ini, yang tiada terlepas dari kekuasaannya dan dari PengetahuanNya.

3. Ku mulakan blog ini juga adalah sebagai satu proses pembelajaran dan ulangkaji ilmu bagiku, yang mana aku dapat, akan ku cuba sampaikan kembali, yang mana aku tahu, akan ku cuba kongsikan kembali, yang mana aku terfikir, akan ku cuba untuk divisualisasikan dengan ta'lif (penulisan) supaya dapat kalian membenarkan atau membetulkan yang mana salah.


rasanya.. cukup itu sebagai mukadimah blog ini, akhir kata, tiadalah ternilai syukur kepada Allah untuk memberi kelapangan ini untuk menulis..

الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر .

No comments:

Post a Comment