Tuesday, September 28, 2010

Contoh Ulama Mufassir Qurun ke 20

Assalamualaikum..
ana dapat video ini ketika melayari blog
http://hazmidibok.blogspot.com/

ini video itu..

ALLAHUAKBAR!!

Saturday, September 4, 2010

Imbasan Tazkirah Surau: Sirah Nabi

Assalamualaikum,
Diceritakan kepadaku oleh ustaz Hairul Nizam Mat Husain (http://hairulnizammathusain.blogspot.com/), bahawasanya, dengar dia dari Gurunya,
Al-Syeikh Dr. Yusri bin Rusydi Bin Jabr bin Al-Sayyid al-Hasani (Pembetulan: Fadhilat al-Syeikh Prof. Dr. Sa`d bin Sa`d Jawish) di masjid Al-Azhar Shariff,
tentang kisah 1000 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad Ke Yathrib Madinah al munawwarah.

Kisahnya berkenaan seorang raja dari Negeri Yaman( tubak-تبع) yang pada suatu ketika dulu ingin menyerang dan Menawan Madinah. Dan tatkala ingin dia memusnahkan kota madinah, ditegah olehnya oleh pendita agama yahudi yang amat faham akan kitab taurat yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Musa As.
Ditegahnya Pendita itu kerana katanya, pada Raja Tubak, janganlah kau musnahkan tempat ini, kerana di sinilah akan dibangkitkan rasul Akhir zaman.
Maka raja Tubak itu mengarahkan pendita yahudi itu menunjukkan di mana rumah Nabi Akhir Zaman akan didirikan. Selepas ditunjukkan tempat yang akan Nabi singgah semasa mendatangi Hijrah ke Madinah, Raja Tubak mendirikan sebuah rumah atas tapak itu untuk menunggu kedatangan Nabi akhir zaman seperti yang diceritakan Oleh rahib yahudi tadi yang didapati dalam kitab Taurat dan kitab-kitab Agama Hanif orang Yahudi yang berasulkan Nabi Musa A.s.
Oleh kerana khuatir tiada dapat berjumpa dengan Nabi akhir Zaman iaitu Muhammad, Raja Tubak menulis surat dan diamanahkan kepada warisnya yang mendiami rumah itu untuk disampaikan kepada Nabi Muhammad dalam peristiwa hijrah di kemudian hari.

Dan sehingga kedatangan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa hijrah, rumah tersebut ialah rumah Sahabat yang dikenali sebagai Abu ayyub Al- Ansari, yang mana beliau juga adalah salah seorang tentera yang terkorban dalam cubaan menawan Konstatinople di zaman Yazid bin Muawiyah. Dan jasadnya dikebemuikan di luar konstantinople seperti yang diwasiatkan kerana katanya dia mahu mendengar tapak2 tentera ISLAM kelak yang akan menawan Konstantinople di bawah pimpinan Muhammad Al-fateh.

Maka tatkala Nabi Memasuki rumah Saidina Abu Ayyub Al-Ansari, dimintanya surat Raja Tubak itu.


dan setakat itu yang diceritakan kepadaku,

Kemudian beberapa hari yang lepas, tatkala aku sedang membaca Surah AD-Dukhan, aku temui nama Tubak ini pada ayat 37. Dan tatkala sampai pada ayat ini, aku teringat cerita Ustaz Hairul Nizam (semoga beliau dapat menjadi ulama besar kelak dan menyumbang kepada Perkembangan ISLAM di Malaysia). Oleh kerana semangat ingin tahu akan tafsir ayat ini, aku telah membuat rujukan pada dua kitab tafsir yang ada padaku, iaitu Tafsir Al-jalalain dan Tafsir As-Shahih Ibn Katsir. Aku cuba mencari tentang kisah ini tetapi masih tidak ketemui, cuma dijelaskan Raja tubak ialah raja yang beriman tetapi kaumnya dimusnah kerana kemungkaran mereka sendiri. Menurut Tafsir Ibn katsir, Kisah raja-raja Tubak ini terkekenal di jazirah Arab pada zaman dahulu dan ceritanya diperturunkan zaman ke zaman. Umpamanya tiada seorang orang Arab pun tidak pernah mendengar kisah Arab ini. dan Tubak ada nama gelaran raja seperti An-Najasy bagi negeri Habsyah dan Firaun bagi kerajaan Mesir.

Dan aku masih lagi ingin mengetahui kisah ini, mungkin nanti aku berpeluang untuk meneliti tafsir Qurtubhi dan sebagainya. Moga-moga ALLAH melebarkan ilmu pengetahuan aku.

Iktibar dari kisah ini, amat banyak.
Bandingkan dengan kita di umat akhir zaman, adakah kita rindukan akan Nabi Muhammad SAW??
Raja Tubak yang hidup 1000 sebelum nabi, mampu merindui Rasullullah?
apakah kita yang dikurniakan Quran dan Hadis masih tidak mengenali Baginda??
kalau kita sayang akan Nabi, mengapa masih meninggalkan perutusannya dan ajarannya??

semoga menjadim iktibar bagi kita yang masih hidup...

ALLAHUAKBAR

Sunday, August 29, 2010

Antara Dunia dan Akhirat

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Dunia dan Akhirat.. Dua perkara yang bertentangan dan bertarik-tarikan..

kadang-kadang.. Dua-dua berbeza caranya..
kadang-kadang. Dua-dua berkait rapat dalam perjalanan mendapatkan keduanya..
Kadang-kadang juga.. Dua-dua ini menghasilkan konflik diri yang tidak mudah diputuskan..

Dan aku juga tiada terlepas dari ujian ini.. bahkan kalian mana mungkin juga menyelusuri hidup ini tanpa membuat pilihan berdasarkan dua perkara ini..

Kepada ALLAH.. Rabb sekalian Alam.
Kepada ALLAH.. yang memiliki seluruh Alam,
Kepada ALLAH.. yang memiliki pengetahuan tentang Alam,
Kepada ALLAH.. yang menurunkan Muhammad rasulullah rahmat sekalian Alam..

Hanya kepadaNYA.. kita memohon agar sentiasa tepat dalam membuat pilihan..
bila perlu kepada salah satunya.. kita tanya pada ALLAH..
bila perlu kepada kedua-duanya.. kita tanya ALLAH
Dan bila tiada pada kita kedua-duanya.. Kepada ALLAH kita wakilkan segala urusan..

حسبن الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Hanya pada ALLAH aku serahkan segalanya..
Hanya pada ALLAH aku mohon ditambahkan ilmu di dada..
hanya pada ALLAH aku mohon dihindarkan dari fitnah harta dan Dunia..
Hanya pad ALLAH aku mohon diubat hati dengan iman yang bercahaya..

Tanpa kurnian ALLAH..
adakah pantas aku mendapat bahagia?
Adakah pantas aku mendapat ilmu agama?
adakah pantas aku dapat mengharungi ujian dariNYA??
adakah pantas aku mampu mendirikan Solat keranaNYA??

Ya ALLAH..
sabarkan diri ku dengan kalimahMu..
tetapkan diri ku dengan Ma'rifatMu..
Ampunkan aku dengan MahgfirahMu..

AKu hanya insan daif..
merantau mencari ihsan Ilahi..


الله اكبر


Wednesday, August 25, 2010

ومما رزقنهم ينفقون: ٣ سورة البقرة

بسم الله الرحمن الرحيم
ام بعد
Segala Puji bagi Allah tuhan sekalian Alam. Ingin sekali kali ini, apa yang akan ku tintakan berkisar dengan sebahagian potongan ayat Al-Quran dari ayat 3 suroh Al-Baqoroh.
Dua perkara daripada ayat ini ialah rezeki dan Orang-orang yang Menginfaq ( menabur kebajikan kerana Allah).

1. Apa yang direzeki oleh ALLAH kepada Kita?
- Pada ku yang faqir ini, rezeki yang ALLAH datangkan kita dalam berbagai bentuk. Antaranya kelebihan harta, kelapangan Masa, kesihatan tubuh badan, kecerdasan minda, kebahagian keluarga dan sebagainya.

2. Apa yang perlu diinfaqkan?
- Apa yang Allah rezekikan kepada Kita seperti yang tertinta di persoalan pertama.

Sehubungan dengan ayat ini, maka, bagi diri ku yang teramat fakir ini, aku berharap, dengan rezeki yang telah ALLAH kurniakan kepada ku, dapatkan aku infaqkan sebagaimana ayat ini ceritakan.. Moga-moga hamba ini menjadi orang yang bertakwa dan berjaya di Dunia sana. Di Dunia yang mana harta benda , sanak saudara dan sahabat handai di kehidupan ini tidak dapat membantu sedikitpun jika tidak diinfaqkan.

seperti pucuk dicita Ulam mendatang, maka selepas terawikh tadi dan selepas menikmati moreh, ku diberi peluang untuk menginfaqkan apa yang ada pada diri yang fakir ini untuk sama-sama membangunkan pusat tahfiz yang sudah dua tahun beroperasi. Peluang ini adalah peluang keemasan, ku berharap ku mampu untuk meneruskan niat di hati ini.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, kiranya di kau membaca tinta ku ini, marilah sama-sama kita memikirkan pengakhiran kita di dunia ini. Mari lah bersama-sama ku mencari sinar bahagian dan cahaya yang ALLAH anjurkan..

Mari kita lupakan perbuatan silam dengan meminta ampun dan taubat darinya..
Mari kita mulakan perjalanan petunjuk yang tiada keraguan padanya..
Dunia ini fana, jika dikejar sekuat mana pun, akan hancur jua..
Dunia akhirat kita, menunggu modal kita di sini.. apakah untung yang dibawa atau beban yang menyiksa?


wasalam.

puncak alam 2.00 am 16 ramadhan 1431 hijrah

Monday, August 23, 2010

:الطريق لأصلح نفسي

السسلامعليكم ورحمةالله وبركته
ام بعد
Aku memulakan blog ini, adalah juga sebagai satu ulangkaji diri bagi ku dalam menelaah bahasa arab dan muhasabah ilmu yang ada pada diri yang faqir ini.
Kala ini, aku cuba untuk menambahkan ilmu dalam bahasa arab dan juga cuba untuk mentelaah kitab2 kuning lama untuk membiasakan diri dengan seni2 penyampaian oleh ulama2 Nusantara terdahulu.
Sudah sekian lama aku meninggalkan jalan yang lurus tulus ini,
sudah sekian lama aku disibukkan dengan hal2 kecintaan Dunia dan melupakan Akhirat dan Maut,
Sudah sekian lama aku menumpukan dengan hal ehwal ilmu dunia dan meninggalkan zikir kepada Allah dalam setiap perkara,
Sudah sekian lama aku tidak mencari teman-teman yang mencari keredhaan ALLAH,
Sudah sekian lama aku tersasar jauh dalam menguruskan kehidupanku berdasarkan anjuran ALLAH dan Rasulnya,

Maka, hari-hari yang berlalu,
dengan sedikit ujian dan kepayahan ini, aku cuba untuk memaksa diri supaya kembali merungkai ilmu-ilmu yang sebelum ini kutinggalkan perjalanannya..
Aku mohon Kepada ALLAH, Rabbul sekian Alam,
supaya menetapkan hatiku ini di jalan Allah..
AKu sedar, mahar untuk kebenaran ini, kadang-kadang memaksa diri untuk berhenti..
Dan semoga ALLAH, TETAPkan hatiku di dalam jalannya iaitu Jalan yang Lurus: Jalan orang-orang Beriman sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Tiadalah dalam Blog ku ini ku ingin berbicara dan mengupah soal Hukum hakam yang banyak itu, kerana soal ini, kita serahkan pada faqih-faqih yang alim lagi jujur di luar sana.
Dalam Blog ini, Ku ingin sekali perjalanan diri ini untuk menambah ilmu serta mengupas permasalahan fikiran yang jauh daripada mengingati ALLAH kepada mengingatiNYA, padahal telah ALLAH nyatakan tugas kita didalam al-Quran :
" tiada kuciptakan Jin dan Manusia melainkan Untuk menyembah(abdikan diri, ibadat) kepadaku"

Dan firman ALLAH lagi dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28;
الذين أمنوا وتطم،ن قلوبهم بذكر الله ألا بذكر الله تطم،ن القلوب
Ertinya: Orang-orang yang beriman itu dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH, Ingatlah! hanya dengan mengingati ALLAH , mententeramkan Hati-hati.

Moga dengan aku mengajak kita berfikir dan berzikir dalam bentuk fikir, maka hati ku dan kalian akan menjadi tenteram seperti janji ALLAH.
Dan Ingatlah ALLAH tidak memungkiri janji:
ان الله لا يخلف ميعاد

aku tiada mampu berpidato malah tiada pengiktirafan untuk melakukan hal sedemikian, maka dengan jalan tinta ini, moga-moga dapatlah ku sampaikan apa yang baik dari diriku untuk sama-sama menyahut seruan Nabi Junjungan kita; Muhammad SAW:

بلغني ولو اية
maksudnya: sampaikan dariku walau sepotong ayat.

Dan moga dengan jalan ini juga, menjadi perintis bagi diriku, untuk terus mengingati setiap apa yang aku baca dan ku dengar dari guru-guru agama dan bacaan ilmiah ilmu Islam.

Dalam sebulan dua ini, telah ku cuba membeli dan mengumpul material/bahan untuk proses pembelajaran diri sendiri dan mencari guru-guru yang membimbing. Dan alhamdulilah, aku juga dapat mendekati ahli-ahli ugama supaya diriku juga dapat tempias ilmu darinya kalaupun tidak dapat belajar secara langsung.

والسلام وإلي لقأ



Pendahuluan:المقدمة

بسمالله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,
Ku panjatkan syukur kepada Allah, kerana limpah kurnianya, dapatlah ku dapat memulakan blog ini. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Ku Muhammad SAW, ahli keluarganya , sahabat2nya.
Dan pada hari ini, hari selasa, 14 ramadhan 1431 hijriah bersamaan 24 September 2010. Akan bermulalah perjalanan tinta tanganku untuk blog yang kunamakan sebagai rujuqkembali.blogspot.com

Ini bukanlah laman yang pertama aku cuba hasilkan, tetapi inilah blog pertama yang aku cuba jadikan sebagai satu cara untuk muhasabah diri dan berkongsi pandangan peribadi dan cuba mengupas dari sudut pandangan ISLAM yang aku fahami dan pelajaran ISLAM yang aku terima sama ada dari pendengaran2 di Masjid, surau, ceramah, forum dan pembacaan peribadi.

RUJUQKEMBALI; aku namakan blog ini seperti termaktub dalam daftar blogspot.com adalah kerana beberapa perkara:

1. Padaku, perjalanan hidupku tiadalah selurus mana, banyak kali aku tergelincir dan terlupa dalam mengingati Ilahi dan seringkali aku lupa Merujuk kepada Allah dengan kembali kepada Al-Kitab (quran) dan Sunnah Rasulullah dalam Urusan Harian. Maka dengan menghasilkan hasil tinta ini, moga-moga, mindaku, hatiku, pancainderaku dan anggota badanku sentiasa kembali merujuk ALLAH dan RasulNya dalam setiap perkara yang akan datang.

2.Menjadi alat bagiku sebagai zikir bagi tanganku, ketika menulis, hatiku kembali mengingatiNYA, dan menyeru akan Diriku kepada sesiapa yang membaca supaya kita kembali kepada Ilahi yang memiliki segala Alam ini, yang tiada terlepas dari kekuasaannya dan dari PengetahuanNya.

3. Ku mulakan blog ini juga adalah sebagai satu proses pembelajaran dan ulangkaji ilmu bagiku, yang mana aku dapat, akan ku cuba sampaikan kembali, yang mana aku tahu, akan ku cuba kongsikan kembali, yang mana aku terfikir, akan ku cuba untuk divisualisasikan dengan ta'lif (penulisan) supaya dapat kalian membenarkan atau membetulkan yang mana salah.


rasanya.. cukup itu sebagai mukadimah blog ini, akhir kata, tiadalah ternilai syukur kepada Allah untuk memberi kelapangan ini untuk menulis..

الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر .