Tuesday, September 28, 2010

Contoh Ulama Mufassir Qurun ke 20

Assalamualaikum..
ana dapat video ini ketika melayari blog
http://hazmidibok.blogspot.com/

ini video itu..

ALLAHUAKBAR!!

Saturday, September 4, 2010

Imbasan Tazkirah Surau: Sirah Nabi

Assalamualaikum,
Diceritakan kepadaku oleh ustaz Hairul Nizam Mat Husain (http://hairulnizammathusain.blogspot.com/), bahawasanya, dengar dia dari Gurunya,
Al-Syeikh Dr. Yusri bin Rusydi Bin Jabr bin Al-Sayyid al-Hasani (Pembetulan: Fadhilat al-Syeikh Prof. Dr. Sa`d bin Sa`d Jawish) di masjid Al-Azhar Shariff,
tentang kisah 1000 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad Ke Yathrib Madinah al munawwarah.

Kisahnya berkenaan seorang raja dari Negeri Yaman( tubak-تبع) yang pada suatu ketika dulu ingin menyerang dan Menawan Madinah. Dan tatkala ingin dia memusnahkan kota madinah, ditegah olehnya oleh pendita agama yahudi yang amat faham akan kitab taurat yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Musa As.
Ditegahnya Pendita itu kerana katanya, pada Raja Tubak, janganlah kau musnahkan tempat ini, kerana di sinilah akan dibangkitkan rasul Akhir zaman.
Maka raja Tubak itu mengarahkan pendita yahudi itu menunjukkan di mana rumah Nabi Akhir Zaman akan didirikan. Selepas ditunjukkan tempat yang akan Nabi singgah semasa mendatangi Hijrah ke Madinah, Raja Tubak mendirikan sebuah rumah atas tapak itu untuk menunggu kedatangan Nabi akhir zaman seperti yang diceritakan Oleh rahib yahudi tadi yang didapati dalam kitab Taurat dan kitab-kitab Agama Hanif orang Yahudi yang berasulkan Nabi Musa A.s.
Oleh kerana khuatir tiada dapat berjumpa dengan Nabi akhir Zaman iaitu Muhammad, Raja Tubak menulis surat dan diamanahkan kepada warisnya yang mendiami rumah itu untuk disampaikan kepada Nabi Muhammad dalam peristiwa hijrah di kemudian hari.

Dan sehingga kedatangan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa hijrah, rumah tersebut ialah rumah Sahabat yang dikenali sebagai Abu ayyub Al- Ansari, yang mana beliau juga adalah salah seorang tentera yang terkorban dalam cubaan menawan Konstatinople di zaman Yazid bin Muawiyah. Dan jasadnya dikebemuikan di luar konstantinople seperti yang diwasiatkan kerana katanya dia mahu mendengar tapak2 tentera ISLAM kelak yang akan menawan Konstantinople di bawah pimpinan Muhammad Al-fateh.

Maka tatkala Nabi Memasuki rumah Saidina Abu Ayyub Al-Ansari, dimintanya surat Raja Tubak itu.


dan setakat itu yang diceritakan kepadaku,

Kemudian beberapa hari yang lepas, tatkala aku sedang membaca Surah AD-Dukhan, aku temui nama Tubak ini pada ayat 37. Dan tatkala sampai pada ayat ini, aku teringat cerita Ustaz Hairul Nizam (semoga beliau dapat menjadi ulama besar kelak dan menyumbang kepada Perkembangan ISLAM di Malaysia). Oleh kerana semangat ingin tahu akan tafsir ayat ini, aku telah membuat rujukan pada dua kitab tafsir yang ada padaku, iaitu Tafsir Al-jalalain dan Tafsir As-Shahih Ibn Katsir. Aku cuba mencari tentang kisah ini tetapi masih tidak ketemui, cuma dijelaskan Raja tubak ialah raja yang beriman tetapi kaumnya dimusnah kerana kemungkaran mereka sendiri. Menurut Tafsir Ibn katsir, Kisah raja-raja Tubak ini terkekenal di jazirah Arab pada zaman dahulu dan ceritanya diperturunkan zaman ke zaman. Umpamanya tiada seorang orang Arab pun tidak pernah mendengar kisah Arab ini. dan Tubak ada nama gelaran raja seperti An-Najasy bagi negeri Habsyah dan Firaun bagi kerajaan Mesir.

Dan aku masih lagi ingin mengetahui kisah ini, mungkin nanti aku berpeluang untuk meneliti tafsir Qurtubhi dan sebagainya. Moga-moga ALLAH melebarkan ilmu pengetahuan aku.

Iktibar dari kisah ini, amat banyak.
Bandingkan dengan kita di umat akhir zaman, adakah kita rindukan akan Nabi Muhammad SAW??
Raja Tubak yang hidup 1000 sebelum nabi, mampu merindui Rasullullah?
apakah kita yang dikurniakan Quran dan Hadis masih tidak mengenali Baginda??
kalau kita sayang akan Nabi, mengapa masih meninggalkan perutusannya dan ajarannya??

semoga menjadim iktibar bagi kita yang masih hidup...

ALLAHUAKBAR